Wednesday, June 16, 2010

BODOH?? ish..ish..ish...

Perbualan antara seorang pelajar darjah satu dengan guru kelas...:


Guru : Kamu mahu jadi apa bila besar nanti?

Anak kecil : Saya ingin jadi doktor.. nak ubat org sakit mcm mak saya..cikgu.

Guru : Bagus...satu pekerjaan yang mulia. Mak Kamu doktor ke?

Anak kecil : Bukan..mak saya kerja misi. Misi pun ubat org sakit juga. Tapi mak kata...saya jgn jadi misi...saya kena jadi doktor.

Guru : Mak kamu betul...kalau nak jadi misi, tak payah sekolah pun tak apa. Orang yang bodoh dan malas belajar je yang jadi misi. Kamu pandai...jadi, kalau nak jadi doktor...kena belajar rajin2. Baiklah..kamu boleh duduk.


(Anak kecil itu terdiam...Hatinya terguris, luka dan berdarah. Ada genang di matanya....dalam diam, dia menafikan kata2 gurunya itu..."tak..mak saya tak bodoh...mak saya tak bodoh...mak yang ajar saya membaca dan mengira...kalau mak bodoh, mana boleh mak ajar saya semua tu...!" Ayat itu diulanginya di dalam hati berkali-kali...)


Moral of the story...

1. Setiap perkataan yang diguna perlu dipilih dengan berhati-hati;

2. Pemilihan kata-kata yang tidak sesuai membuatkan mesej tidak dapat disampaikan dengan berkesan.

3. Setiap individu dilahirkan dengan kebijaksanaan yang berbeza-beza...dan masing-masing mempunyai bidang kepakaran yang berbeza mengikut bidang masing-masing.

"...to the world, you may be one person...but to one person, you may be the world...NEVER UNDERESTIMATE your own capabilities as well as others..."





Tuesday, June 15, 2010

Perjanjian...

Lama tak menulis..

Dah banyak perkara yang berubah...

Tahun 2010 membuka lembaran dengan banyak perkara yang tak terjangka. Suka, duka, tawa dan tangis....ada yang pergi...ada juga yang datang. Pun kitaran hidup dan segala perjanjian yang telah tertulis sejak azali perlu kita tempuhi dengan tabah walau mungkin mengundang sebak dan air mata. Jodoh pertemuan, ajal maut...segalanya di luar jangkauan kita. Yang pergi tetap pergi...yang tinggal perlu sentiasa teguh berdiri...wallahua'lam.


Kata badaibayu.blogspot dalam puisinya...

"....pemburu atau penunggu
kita adalah buruan waktu
yang mengejar tanpa jemu
hingga ke saat jasadmu kaku

....ada saat pemburu juga penat
ralat, cungap dan perlu rehat
setelah menggguna segala kudrat..."

Itu curahan hati seorang penulis muda yang tak pernah aku kenali. Pun curahan hatinya kebetulan terkena dengan apa yang aku lalui walau mungkin dengan situasi yang berbeza. Aku seorang pemburu yang kepenatan. Mungkin juga terlalu banyak perkara yang telah aku lalui untuk setengah tahun pertama ini. Baru sedikit aku diuji, namun terasa diriku agak penat dan benar-benar perlu berehat.

Cuma satu doa yang tak pernah aku tinggalkan...semoga aku tidak akan pernah lupa dengan rahmat Tuhan...amin...

Monday, October 19, 2009

Buah Naga

Pokok naga ni nenek aku yang tanam (a.k.a mok yah)... Lama sgt dah tanam nya.... Rasanya ada laa dalam 2 tahun lebih...ni baru berbuah, menyambut puasa ari tu. Cousin aku ckp, rasa buah naga yang baru dipetik ni manis...tak mcm yang beli kat kedai. Nak komen lebih2..takleh sebab aku sendiri tak sempat rasa lagi. balik minggu lepas, sempat ambik gambar jer. Esoknya sedara-mara datang bertandang, tgk2 habis dah kena kebas...huhuhuhu...(takpe2...aku dah pesan kat mok yah suruh simpan satu kalau ada buah lagi... ;) hehehhe..)

Tuesday, May 12, 2009

Dungun-KL-Jakarta-Bandung (07.05.09 - 10.05.09)

Lately mood nak buat keje mcm takde. Keje2 banyak benar terbengkalai. Nak siapkan satu2 keje..ambik masa yang sangat lama. Mungkin jugak sebab dah lama takde masa untuk diri sendiri. Sepanjang 2 tahun keje kat sini...baru sehari aku ambik cuti...tu pun sebab sangkut masa banjir itu hari.

Trip ke bandung ni dah lama. Asyik tangguh je sebab aktiviti dlm takwim psmza terlalu banyak dan tak terkejar. Akhir sekali dapat jugak tarikh yang sesuai...walaupun menjelang exam (sbenarnya masa kritikal jugak tu...tapi bila aku kata nak pegi, aku pegi jugak! hehehe..sib baik cuti lulus!!
Tq Boss... :D)

Trip ni sbenarnya anjuran Puspanita PSMZA. Yang join trip ke Bandung ni dalam 22 org. Kami gerak ke KLIA dari dungun hari Rabu malam. Esoknya sampai KLIA...flight jam 4.30pm.

Abg Mie & abg Lan -pemandu2 yang setia menghantar kami ke KLIA
(tu duk discuss nak kirim apa kot... hehehe)


Objektif ke Bandung, selain bercuti adalah untuk shopping. Hehehe..tourist guide kami panggil melontar jamrah! Masing2 pergi bawak beg kosong yang di isi dengan beg lain di dalamnya...plus 2-3 helai pakaian yang nak dipakai.

Masa pergi 1 troli boleh share 3 org (heheheh..)


Masa kami pergi tu tgh sibuk pasal virus H1N1. Sepanjang perjalanan nak check-in kat airport tu...ramai kakak2 misi yang pakai mask duk buat pemeriksaan kesihatan...tp x ambik gambar, sebab masa tu sibuk tahan nafas (hahahha...konon kalau lalu, tahan nafas..tak jangkit laa? )

Dari KLIA kami ke Jakarta. Naik pesawat KLM. Bahasa diorang, cuma Abg Long sorang yang faham (hahaha..). Tp sib baik juga laa apa yang diorang ckp tu ada translation dlm english. Huhuhu..stewardess KLM ni tak mcm stewardess kita. Paling lucu bila diorang ckp bahasa indon dgn lancar. Mcm xleh nak match jer...org dutch ckp bahasa indon? :D Rasa mcm klaka...hehehehe....

Kami sampai kat Jakarta dalam pukul 5 ptg waktu indonesia. Beza waktu antara jakarta-malaysia dalam 1 jam. Masa tu suasana dah gelap.Bila tgk signboard ni kat airport...hehehe...masing2 tergelak sendiri. Nasib juga ada translation. kalau tak...huhuu...haru juga nak tunggu sampai kat hotel.

Sampai2 tu..perut masing2 takde ler lapar sgt sebab dlm flight dah makan. Cuma masa kat airport tu..ada pemeriksaan untuk virus H1N1. Kami sepatutnya kena spray dengan sejenis bahan..tak tau laa apa namanya, tp baunya cukup bususk. Seramai2 penumpang yang tiba kat airport tu perlu lalu guna satu exit jer untuk di spray. Boleh bayangkan tak..betapa ""bijak"nya pengurusan kat airport tu. Semua org berasak2 sebab nak cepat. aduh...mcm2 bau ada! Dekat sejam juga kat situ..sebab org trlalu ramai, nak keluarkan camera pun x berani. Suasana masa tu mcm dalam putra LRT time org nak pegi keje pagi2. huhuuhu...

Selesai tu, pemandu pelancong kami yang namanya Eric datang. Destinasi pertama..ke restoran untuk makan. hehehe...
Selesai makan, kami terus ke hotel....mandi..solat...kemudian masing2 terus tidur. Mmmmm..empuknya tilammmm....(huhuhu...)

Esoknya bangun dalam pukul 6.00 pagi waktu indonesia. Tapi suasana tak macam malaysia, dah cerah mcm pukul 7 pagi. Hehehe...syuruk, tak tau laa kul brape...malam sebelumnya lupa nak tanya Pak Eric..

Pemandangan Jakarta dari bilik hotel (Day 1 : 7.00am)



Friday, March 6, 2009

Kursus Kenegaraan...KBN Besut

Lama betul tak buat posting. Sibuk betul sekarang ni...teringin betul nak ambik cuti, tapi masa terlalu membatasi keinginan tu. Aduhai...penat juga. Kerja..kerja..kerja.. dan kerja lagi.

Dalam kesibukan tu, ada beberapa kursus yang aku kena hadiri. Dan kursus kenegaraan ni paling terkesan di hati. Dah lama betul tak join kursus macam ni sebagai peserta...sejak kerja, ada juga join, tapi sekadar fasilitator. Last sekali attend kursus macam ni pun masa zaman sekolah2 dulu...masa form 5. Dah lebih 10 tahun tu...

Kami dari pelbagai peringkat dan jabatan yang berbeza...gred 27 hingga 41. Peserta kursus kali ni seramai 110 orang. 80 lelaki dan 30 wanita. Peserta yang paling ramai adalah dari pasukan bomba. Pasukan kami dari politeknik jatuh di tempat kedua. Kami kemudiannya dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil. Jadual memang penuh bermula dengan solat subuh berjemaah, hinggalah ke jam 12 tengah malam. Pun begitu barisan jurulatih dan fasilitator yang mesra, penyabar dan banyak membantu, membuatkan keletihan tidaklah begitu dirasai. Terima kasih banyak2 Kak Mi, Kak Ngah, Pok Mat, Pok Manaf dan Pok Mail serta beberapa orang lagi jurulatih yang terlibat. Penggunaan telefon bimbit dan apa2 juga alat komunikasi adalah diharamkan sama sekali sepanjang waktu kursus selama 5 hari 4 malam.

Aku diletak dalam kumpulan 5 yang diberi nama "TANAH PUSAKA" yang juga merupakan lagu tema kumpulan kami. Ada 8 peserta lelaki, dan 4 peserta wanita di dalam kumpulan tersebut.
  1. zaza(jururawat bahagian ICU Ktrg)
  2. Ernita(Pensyarah JKA Politeknik Sultan Mizan)
  3. Mazlina(Pensyarah JTMK Politeknik Sultan Mizan)
  4. Adib(Pensyarah JKE Politeknik Sultan Mizan)
  5. Hairi(Pensyarah JTMK Politeknik Sultan Mizan)
  6. Wan(Pegawai dari JKR Gua Musang)
  7. Razali @ Brother Li(Penguasa Bomba, degree electrical engineering utm KL, asal N9 isteri org trg tapi bekerja di Johor, usia 36 thn..ahli paling sulung :D)
  8. Sukur @ akur(Penguasa Bomba, asal sabah, dulu study di Kustem Trg isteri di Kedah)
  9. Khairul(Ketua balai, asal sabah, pernah bekerja sebagai pegawai penjara di Kajang, punya pengetahuan yang luas..dan analitikal)
  10. Fissol @ mamu(Unit Udara Bomba Shah Alam, bawa helikopter..dpt latihan di australia. asal Bukit mertajam penang, usia 30thn)
  11. Yuzaimie @ mie(Jabatan Bomba, asal kelantan tapi parents menetap di kedah, ketua kumpulan dan ahli yang paling muda)
(Latihan dalam kumpulan dikendalikan oleh En Daud bin Salim dari Kemaman)

Latihan dalam kumpulan banyak membincangkan isu2 tanah air, sejarah kemerdekaan dan banyak mengajar kami untuk berfikir secara mendalam mengenai masa depan negara, bangsa dan agama. Betapa pentingnya perpaduan antara kaum, sifat muafakat, perbincangan dan banyak lagi. Satu phrase yang sangat terkesan di hati ialah mengenai definisi ADIL. "Adil bukan bermakna sama rata, tetapi meletakkan hak pada tempatnya". Sejarah juga telah banyak mengajar, bahawa persengketaan antara kaum akan hanya merugikan semua. Tak kira apa juga bangsa dan agama yang kita anuti, kita tetap rakyat malaysia yang merdeka dan berdaulat yng wajib kita sama-sama jaga keutuhan itu. Jika berlaku juga persengketaan dan perbalahan, yang kalah akan jadi abu, manakala yang menang hanya akan jadi arang. Jadi..tak perlu lah nak gaduh2..ungkit mengungkit...dengki mendengki...

Kursus ni sangat bagus untuk menyemai sifat patriotisme. Jadi, sesapa yang belum pernah pergi lagi..mungkin ada baiknya mohon secara berkumpulan. Sangat rugi kalau tak pergi. Jadi..sibuk macam mana sekali pun, jika diberi peluang untuk sertai kursus ni...ambillah peluang tu sebaik2nya.

TANAH PUSAKA
Sungguh gemilang negeriku
yang kupuja oh tanah airku
di serata dunia
harum semerbak namamu oh malaysia

aman makmur kaya raya
selama-lama hidup maju jaya
kau tanah pusaka
negaraku yang berdaulat dan merdeka

tanah pusaka bertuah
berbagai bangsa di dalamnya
hidup aman dan merdeka
bersama kerja untuk malaysia

musuh melanggar kugempur
sungguh rela kugugur kerana
kau tanah pusaka
biar putih tulang jangan putih mata

Sunday, September 28, 2008

Home sweet home...

Dah 3 minggu tak balik rumah. Balik2 jer...aku tgk buah duku, rambutan banyak dah masak. Salah satu benda yang paling aku suka bila balik umah...rasa mcm duk dalam kebun. Dulu masa kecik2 selalu merungut bila mak mintak tolong bila berkebun. Lagi satu, tangan selalu melecet sebab sapu daun kering kat laman rumah. Bukan sikit2...BANYAK..hari2 pulak tu kena sapu. Adoi laa...(tapi sekarang ni aku dah pencen. adik2 aku laa pulak ambik alih tugas. Keh keh keh..) Tapi dalam banyak2 pokok, durian takde laa..sebab mak cakap bahaya. nanti timpa buah atas kepala. kalau setakat rambutan duku, dokong dan manggis tu ada laa..

Wednesday, September 24, 2008