Sunday, September 28, 2008
Home sweet home...
Dah 3 minggu tak balik rumah. Balik2 jer...aku tgk buah duku, rambutan banyak dah masak. Salah satu benda yang paling aku suka bila balik umah...rasa mcm duk dalam kebun. Dulu masa kecik2 selalu merungut bila mak mintak tolong bila berkebun. Lagi satu, tangan selalu melecet sebab sapu daun kering kat laman rumah. Bukan sikit2...BANYAK..hari2 pulak tu kena sapu. Adoi laa...(tapi sekarang ni aku dah pencen. adik2 aku laa pulak ambik alih tugas. Keh keh keh..) Tapi dalam banyak2 pokok, durian takde laa..sebab mak cakap bahaya. nanti timpa buah atas kepala. kalau setakat rambutan duku, dokong dan manggis tu ada laa..
Wednesday, September 24, 2008
Seminar Puspanita 2008
Gambar ni dirakam sebelum persembahan untuk Grand dinner Seminar Puspanita anjuran KPTM di Politeknik Perlis. Oleh sebab kami dari pantai timur, tema persembahan kami ialah DIKIR BARAT! Perghhhh..tergelak aku masa mula2 dengar amanat dari puan presiden kami. Semua terpinga2 sebab masing2 tak biasa dengan dikir barat. Last skali...mintak tolong student ajar. Memang berterima kasih sangat pada kumpulan dikir barat Seri Perkasa, Seri Kandi yang banyak membantu siang dan malam. Keh..keh..keh..latihan cuma 4 hari saja sebelum persembahan mana nak ingat lirik..mana nak ingat steps... dah laa semua tak biasa dgn dikir barat. ...tp memang boleh bagi kredit laa pada semua yang terlibat. semua memberikan komitmen yang sangat tinggi. Persembahan kami malam tu dapat pujian...dan pengarah terus luluskan budget untuk tubuhkan persatuan pendikir seri puspanita. hahahha...
Tuesday, September 23, 2008
Persamaan..?
Weekend lepas aku tak balik. Duk lepak sorang2 kat umah dungun. Housemate semua takde (sorang balik kg, lagi 2 ke shah alam, ada kelas master). Duk umah 2 hari...bangun tido, tgk tv..tgk tv..tgk tv dan tgk tv lagi. HBO pun asyik ulang citer sama jer...(BOSAN GILERR) Jadi petang tu lepas masak untuk berbuka (as usual laa..dapur aku kat pasar ramadhan belakang umah..haha..!) aku pegi pantai teluk lipat. seronok juga tgk gelagat manusia. Tapi dalam banyak2 tu..tunggul kayu nih mcm ada persamaan jer mcm aku?? hehehe...
Seberang Pintasan...
Pantai Teluk Lipat
Subscribe to:
Posts (Atom)